MAJLIS GURU PENASIHAT PENGAKAP SEKOLAH-SEKOLAH DAERAH KUDAT
Terima Kasih Kepada En. Abdullah Akop, Ketua Unit Pembangunan Kemanusiaan, PPD Kudat dan En. Shah Nasier Maruson, Pesuruhjaya Pengakap Daerah Kudat atas sokongan dan dorongan sehingga tertubuhnya MAJLIS GURU PENASIHAT PENGAKAP SEKOLAH-SEKOLAH DAERAH KUDAT.
Semoga Majlis ini akan bergerak aktif yang diketuai/ dipengerusikan pula oleh En. Faisal Jikal, (SK Log Tuhog Banggi, Kudat)
Pasukan Pengakap Remaja Terbuka
MESYUARAT PENYELARASAN AKTIVITI PENGAKAP SEKOLAH DAERAH KUDAT SESI 2012.
Salam Pengakap,
Esok merupakan perjumpaan kali pertama semua pemimpin-pemimpin pengakap sekolah-sekolah di daerah kudat kerana satu Mesyuarat Guru Penasihat- Guru Penasihat / Pemimpin-Pemimpin Pengakap Sekolah-sekolah (SR/SM) Daerah Kudat akan diadakan di Pusat Kegiatan Guru, Pejabat Pelajaran daerah Kudat pada jam 8.30am. Dipengerusikan oleh En. Abdullah Akop, Ketua Unit Pembangunan Kemanusiaan, PPD Kudat dan juga turut dihadiri oleh Pesuruhjaya Pengakap Daerah Kudat. Antara yang dibincangkan adalah mengenai pembentukan AJK Majlis Pemimpin Daerah Kudat, Pendaftaran Kumpulan/ sekolah, Takwin dan aktiviti, Kursus Kepimpinan Manikayu Pengakap (Skim baru), dan Pre Camp Pengakap 100 Tahun (Bahagian PBU).
Semoga perjalanan mesyuarat akan berjalan lancar dan diberkati dan dirahmati oleh Allah S.W.T...... InsyaAllah....
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA MELALUI BERPENGAKAP"
Lawatan Pengakap Brunei
Assalammualaikum dan Salam Pengakap...
Ucapan ribuan terima kasih kepada Kumpulan Pengakap Terbuka 3040 Daerah Kuala Belait, Negara Brunei Darrussalam atas kesudian berkunjung ke daerah KUDAT. Semoga jalinan persaudaraan ini berkekalan. Mohon maaf sekiranya terdapat kekurangan dalam persediaan kami menyambut rombongan kalian semua.
Ucapan Penghargaan juga tidak dilupakan kepada semua yang berkerja dan membantu melicinkan urusan-urusan dan kerja-kerja sepanjang sambutan rombongan dari Pengakap Brunei ini...
**Semua gambar boleh dilihat di menu Interaktif>Galeri Multimedia(foto & gambar)**
Jambori Malaysia Ke - 12
Jambori Malaysia Ke - 12
Sukacita dimaklumkan bahawa Majlis Pengakap Negeri Terengganu akan menganjurkan Jambori Malaysia Ke-12 dan Terengganu International Scout Jamboree pada 19-25hb November 2011, bertempat di Kem Telaga Batin, Kuala Terengganu.
2. Jambori ini dijangka akan disertai oleh seramai 10,000 ahli Pengakap Malaysia (4,000 adalah ahli dari Negeri Terengganu) dan 2,000 ahli Pengakap sekitar Asia-Pasifik (terutamanya Thailand dan Indonesia).
3. Bertemakan ‘Explorasi Warisan’, Jambori ini bertujuan member peluang kepada para peserta untuk menjejak warisan kebudayaan di Negeri Terengganu. Di samping itu, isu-isu terkini yang melibatkan Kesihatan, Pemuliharaan dan Pemeliharaan Alam Sekitar, Keamanan dan Pendidikan juga akan menjadi aktiviti utama dalam Jambori ini.
Sumber : www.jamborimalaysia.com